Tuesday, 25 March 2014

Allah yang pertama di hati ;)

Assalamualaikum semua :D Harap semua sihat2 belaka. Haa, kalau sihat jangan lupa bersyukur tau. Ucap apa? Ucap alhamdulillah. Nak tanya, sape pernah dengar lagu UNIC? Tajuk apa? Hahah, Demi Cinta Suci. Pernah dengar tak? Pernah? Yeah, kita sama hahah :D Sedap kan. Tapi, hayati tak lirik2 dia tu? Faham tak lirik2 yang dieorang cuba sampaikan? Erm, mula2 aku pun pakat nyanyi je, tak hayati pun lirik2 dia. Tapi aku cuba fahamkan. Ini apa yang aku faham lah, kalau korang taktau lah pulak kalau lain. Before I proceed cewah speaking, baca lirik2 dia dulu ehh : 

Pernah hatiku luka pedih 
Kerana dicalari cinta penuh duri 
Lemas aku dalam dilema 
Kata janji manis sungguh tak bermakna 

C/O : 
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih 
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami 
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa 
Kau sebutir pasir tak berharga 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci 
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri 
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya 
Menyubur iman di dalam jiwa 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 
Demi cinta hakiki 
Ku sanggup redahi apa yang terjadi 

Apalah erti cinta suci 
Andai janji-janji sering dimungkiri 
Apalah erti cinta murni 
Andai kata-kata sering didustai

Okay, dah baca? Apa? Korang nyanyi sekali? Hahah, okay ahh tu. Erm apa yang aku faham lagu ni dia cerita pasal cinta. Cinta yang macam mana erm aku pun taktau nak olah ayat. Tapi aku faham lah yang kalau kita cintakan Allah, letak Allah nombor 1 dalam hati, In Shaa Allah, kita akan bahagia di dunia dan akhirat. Haa, kan ada lirik dia kata, " Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih, walau ke dasar lautan sanggup ku selami, namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa, kau sebutir pasir tak berharga " Mungkin dia nak kata, dia cintakan manusia lebih dari Allah, jadi kemudian dia menyesal. " Demi cinta yang suci, ku rela korbankan kepentingan diri, demi sinar bahagia, ku hambakan diri pada-Nya yang Esa " Jadi dia utamakan cintanya kepada Allah untuk dapatkan kebahagiaan. Macam lirik terakhir, katanya janji sering dimungkiri, kata sering didustai. Biasalah manusia kan, ada yang tepati janji, ada yang suka berdusta. Kalau Allah, janjinya pasti dan tak pernah berdusta. Jadi? Korang setuju tak apa yang aku kata ni? Hahah :D Alhamdulillah. Erm okaylah, nak sambung study Agribiz ni heheh. Doakan aku tau. 

No comments:

Post a Comment