Tuesday, 25 March 2014

Allah yang pertama di hati ;)

Assalamualaikum semua :D Harap semua sihat2 belaka. Haa, kalau sihat jangan lupa bersyukur tau. Ucap apa? Ucap alhamdulillah. Nak tanya, sape pernah dengar lagu UNIC? Tajuk apa? Hahah, Demi Cinta Suci. Pernah dengar tak? Pernah? Yeah, kita sama hahah :D Sedap kan. Tapi, hayati tak lirik2 dia tu? Faham tak lirik2 yang dieorang cuba sampaikan? Erm, mula2 aku pun pakat nyanyi je, tak hayati pun lirik2 dia. Tapi aku cuba fahamkan. Ini apa yang aku faham lah, kalau korang taktau lah pulak kalau lain. Before I proceed cewah speaking, baca lirik2 dia dulu ehh : 

Pernah hatiku luka pedih 
Kerana dicalari cinta penuh duri 
Lemas aku dalam dilema 
Kata janji manis sungguh tak bermakna 

C/O : 
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih 
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami 
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa 
Kau sebutir pasir tak berharga 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci 
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri 
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya 
Menyubur iman di dalam jiwa 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 
Demi cinta hakiki 
Ku sanggup redahi apa yang terjadi 

Apalah erti cinta suci 
Andai janji-janji sering dimungkiri 
Apalah erti cinta murni 
Andai kata-kata sering didustai

Okay, dah baca? Apa? Korang nyanyi sekali? Hahah, okay ahh tu. Erm apa yang aku faham lagu ni dia cerita pasal cinta. Cinta yang macam mana erm aku pun taktau nak olah ayat. Tapi aku faham lah yang kalau kita cintakan Allah, letak Allah nombor 1 dalam hati, In Shaa Allah, kita akan bahagia di dunia dan akhirat. Haa, kan ada lirik dia kata, " Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih, walau ke dasar lautan sanggup ku selami, namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa, kau sebutir pasir tak berharga " Mungkin dia nak kata, dia cintakan manusia lebih dari Allah, jadi kemudian dia menyesal. " Demi cinta yang suci, ku rela korbankan kepentingan diri, demi sinar bahagia, ku hambakan diri pada-Nya yang Esa " Jadi dia utamakan cintanya kepada Allah untuk dapatkan kebahagiaan. Macam lirik terakhir, katanya janji sering dimungkiri, kata sering didustai. Biasalah manusia kan, ada yang tepati janji, ada yang suka berdusta. Kalau Allah, janjinya pasti dan tak pernah berdusta. Jadi? Korang setuju tak apa yang aku kata ni? Hahah :D Alhamdulillah. Erm okaylah, nak sambung study Agribiz ni heheh. Doakan aku tau. 

Tuesday, 11 March 2014

' Period Pain '


Assalamualaikum w.b.t

Erm tengok title je, dah tau dah this is for women only hahah. Erm, kepada sesiapa yang selalu mengalami senggugut, kita sama lah. Sakitnya teramatlah sukar untuk digambarkan bagi yang tak pernah mengalaminya. Ada yang sampai tak boleh bangun, terguling2 je atas katil ( itu aku lah ) Pernah sekali aku terpaksa ponteng kelas pasal senggugut nilah. Orang kata, perempuan yang selalu senggugut ni susah mengandung. MashaAllah, minta dijauhkan. Kalau boleh pun, sakit time bersalin nanti, lagi sakit daripada perempuan2 yang tak pernah senggugut. Astaqfirullah, memang sakit lah kan. Erm aku ada jugak tengok2 kat internet cara2 atau tips2 nak hilangkan senggugut ni. 

                                                 
   Petua Untuk Hilangkan Sengugut

  • Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
  • Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
  • Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
  • Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  • Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
  • Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.
  • Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.
  • Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
  • Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
  • Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
  • Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
  • Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.
  • Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.
  • Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

Hahah, ini pun copy and paste je. Erm tapi kan, ada sesetengah tips yang tak boleh bla dan aku takkan buat. Macam minum air rebusan bagai tu, eeiii tak lalu. Erm tapi nak buat macam mana, dari terpaksa tahan sakit tiap kali datang haid kan.

Wednesday, 5 March 2014

Final Exam :D


Assalamualaikum :) 

Erm ada berita best, heheh nak tau tak apa? Kita dapat markah penuh untuk blog. Hahah :D Ucap apa? Alhamdulillah. Berapa? Erm 40/40. Dapat lah title " The Best Blog " Buat sendiri hahah. Terima kasih En.Awang. Ngeeeee :P Seperti yang saya katakan, saya post ni En.Awang.

Okay done story about blog. Lagi beberapa minggu je lagi budak2 diploma dekat UPM akan menghadapi peperiksaan akhir. Bagi aku, aku 50/50 je. Ada subjek yang In Shaa Allah boleh bawa. Ada subjek yang kena study over and over and over again. Like economy :/ But, I love Eco. Hahah, kita kena suka subjek tu baru senang ilmu masuk. So, sekarang proses untuk buat nota je kerja aku. Time study week kalau boleh nak study and buat latihan je. Kan? So, akan banyak lah guru2 tutor yang akan aku upah. Belanja gula2 rm0.10 sudaaa. Erm biasalah kan, dah nak dekat exam ni mesti ada stress sikit. It's normal. Tapi kita jangan layan sangat stress tu. Kita kena lawan dia. 

                       

                   

Dah dekat2 exam lah kita baru nak study. Then study sampai tengah2 malam. Pastu bila tido, terminpi2 nak exam hahah :D Sampai termimpi2 tu dahsyat lah jugak kan? Apapun, ingat tau, kita kena " STUDY SMART NOT STUDY HARD " Kita kena pandai urus masa, jaga kesihatan. Yang paling penting, sentiasa memohon daripada-Nya untuk bantu kita. Cehh dah macam mak2 kan. 

Ha, ni ada doa time nak study. Kalau boleh amalkan, aku pun dalam proses menghafal. Kalau rasa susah, tulis kat mana2, tampal dekat meja.


In Shaa Allah, segala urusan akan dipermudahkan. Ada lagi doa time exam nanti.


Nampak tak? Hope bolehlah nampak. Abaikan yang MPP UMT tu, hahah. Okaylah, itu je yang aku nak share ngan korang. Good luck in exam, terutama sekali dekat budak2 kos aku. All the best :D

" Ya Allah, bantulah kami "