Friday, 27 December 2013

Tips Amalan Harian : 15 Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak share sikit pasal sunnah Nabi kita :)


1.     Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.

2.     Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.

3.     Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

4.     Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

5.     Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.

6.     Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.

7.     Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.

8.     Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).
.

9.     Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

10.  Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

11.  Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.

12.  Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13.  Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14.  Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15.  Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

Thursday, 26 December 2013

Sunnah Nabi: Cara memotong kuku dan masa afdhal.

Assalamualaikum semua. Ha ni nak share sikit pasal sunnah Rasulullah S.A.W tentang cara-cara memotong kuku jari tangan dan kaki. 

Cara memotong kuku jari tangan :

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan. 

Cara memotong kuku jari kaki:

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.


Waktu memotong kuku:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)





Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Kesimpulan? Potong hari Jumaat, dan jangan simpan lebih dari 40 hari.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

Wednesday, 25 December 2013

Blok F

Assalamualaikum semua. Selamat malam jugak ;) 

Blok F? Hahah itulah blok baru aku. Sem lepas aku blok J, sem ni kena pindah blok :'( First tu sedih lah nak tinggalkan roommate kat blok J tu. Dia BSBI, last sem. Sem ni dia last nanti tak jumpa dah. Nama dia Nadia Tan, aku panggil dia Kak Nono. Semua kat sini panggil dia Nono ;) Dari nama pun dah tau macam comel je kan, memang pungggg.

Tapi sayang takde gambar dia, semua gambar kitorang dekat phone dia. Erm okaylah kita beralih ke tajuk utama kayyy :)



Ni nama dia Intan, dulu dia pun ahli Blok J. Sekarang kitorang still sama blok, Blok F.

 


Aqilah, Intan, G-Ha and me



Menggilak dengan roommate. Kuat kan aku? Tiang tu senget terus.


Cewah, menari pulak deme ni.






Inilah ahli2 blok F, ada lagi kos DPNT tapi ni je yang join kitorang keluar tadi. 


Pokok Christmas ni lagi tinggi dari aku -,- Tak puas hati ni.

Tuesday, 24 December 2013

Trip to Miri

Assalamualaikum w.b.t
Hai hai hello hello hai hahah :D Post kali ni aku nak story pasal trip kitorang ke Miri. Nak tau siapa yang pegi? Ha, meh nak kasitau. Kitorang naik 3 buah kereta, 1 kereta Qilah, aku, Arissa dengan Yanie, 1 kereta lagi Ziman, Pet, Ima dengan Ekin dan 1 lagi Zaid, Puteri, Amirul dengan G-Ha. So semuanya 12 orang.




Bahagianya kami kan? Hahah. Bahagia memang bahagia tapi kalau dah banyak kali sesat aku pun taktau nak kata apa dah. Sesat sesat pun berjaya sampai ke Miri. Disebabkan kitorang je drebar perempuan, jadi kitorang punya kereta diapit oleh jejaka jejaka yang gentle. Hahah.



Yang Myvi kat depan tu Zaid dan Viva belakang Ziman. Hahah, sweet kan bha ;) Kalau nak cerita pasal peristiwa SESAT tu lah kan, memang sumpah kelakar. Ziman lah ni, hahah dia pun ikut je kata Pet, errmmm hancur semua hahah. Disebabkan sehari je kitorang pergi jadi tak banyak tempat pun yang kitorang pergi. Salah satu tempat kitorang pergi pun Taman Buaya. Dah nama pun Taman Buaya of course lah ada buaya kan? Hahah, tapi aku tak tangkap banyak gambar pun, nanti aku dah bluetooth gambar dari geng2 yang pergi aku tunjuk ehhh. 


Ni je yang aku tangkap hahah, jadi lah kan. Pastu kitorang pergi pantai kat sana. Best, rasa macam nak mandi je, tapi tak bawa baju salin. Takpe lain kali jelah.







Ha cantik kannnnnnn? Hahah. Serius best lah, nanti bebila kita tidur kat sana tau tau tau. Boleh mandi, nak joget sana sini pun boleh. Takdelah rushing sangat. Heheh :3










 Hahah, okaylah itu je aku nak cerita. Ha, lupa pulak, semalam lepas amik kat warga, aku turun lah dari kereta kan. Si Qila ni tak perasan yang aku turun, dia tekan minyak then lenyek kaki aku. Arggghhhhh tapi tak sakit pun. Hahah, tak sakit pun lebam komeeee -,-


See? Not see? Erm tu haa lebam nya. Hahah, okaylah bubye semua :D







Sunday, 22 December 2013

Miss U


Haha, yeah that's right. You always make me smile. Eventhough when I have nobody around, you always with me. When I'm getting mad, you will make me smile and laugh. I wish you were here, stay with me and we will talk and talk and so on. I will tell you some stories, then you will hear although you want to sleep. Ohh I really miss that moments. 

I miss you :*




Saturday, 21 December 2013

Try to change


Assalamualaikum semua. Erm, majo member2 lain semua balik. Aku tak balik, sebabnya malas. Semalam ibu telefon katanya dia ada anak angkat. Budak UITM, umur 20, perempuan. Namanya Shuhada, dieorang kat rumah panggil dia Kak Su. Hahah, nak balik jugak teringin nak tengok :3

Hahah, dah2 sekarang ni bukan itu yang aku nak cerita kan. Senang citer macam nilah. Aku ni jenis panas baran, ego, kadang2 sampai tak boleh nak bertolak ansur dengan sesiapa pun, tau nak mengarah orang je. Kalau tanya member2 aku yang rapat mesti dieorang pun akan kata selalu kena marah dengan aku. So for that, aku minta maaf :'( Aku cuba nak buang semua sikap2 negatif tu. Yelah, kan itu sifat syaitan, jadi aku tanak jadi macam tu. Aku cuba tiap hari, susah jugak. Tengok, kurang sabar. Itulah pasal. Takpe, aku still cuba sampai sekarang. Nak buang semua sikap tak elok ni jauh2. Aku nak berubah, iye aku cuba. In Shaa Allah, jika Dia izinkan, korang akan nampak aku yang baru. Tapi bila, aku pun taktau. Kalau sekarang pun perangai aku masih sama kan? Tapi kalau nak jadi pendiam tu, seriously kena ambil masa yang sangat lama. Hahah, maklumlah dari kecik jenis yang banyak cakap.


Now I will try to change, from bad to good :D In Shaa Allah. Orang lain tak boleh nak ubah aku melainkan diri aku sendiri.



Thursday, 19 December 2013

' Si Berjasa '

Ehem ehem, testing testing. Assalamualaikum semua :D Hahah, gempak tak title tu? Tak? Erm, takpelah.

' Tyra, cepatlah! Nanti takde komputer kat sana. ' Penat aku dok jerit2 kat Tyra suruh cepat. Last2 datangnya alahai, lenggang2 kangkung -,- Daripada janji nak pegi class pukul 7.10, pukul 7.20 baru gerak. Punyalah laju kitorang berempat jalan. Aku, Kak Su, Tyra ngan Feeza. Tengah jalan punya jalan dan jalan lagi, kitorang terserempak dengan Greg. Kak Su ngan aku pun apa lagi, tahan lah. Buat muka tak malu minta tumpangkan kitorang. Hahah, nasib baik dia sorang je, so muatlah kami berempat. Heheh, itu je nak story. Si Berjasa nya si Tyra dengan Greg lah. Kalau Tyra tak lewat, kitorang tak jumpa Greg, takda Greg tak dapat naik keta :D

The End.


Sunday, 15 December 2013

PUTRA CAMP FOR DPNT THE BEST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ha, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas kos DPNT ada Kem Putra yang melibatkan sem 2 dan sem 4. Seriously, time senior kata ada kem tu aku rasa macam malas je nak pegi, macam malas je nak join. Tapi hari first je aku dah rasa best. Erm, tapi takde gambar lah nak tunjuk. Sebab tak tangkap gambar pun time kem tu. Dapat ahli group pulak yang best kan, memang lagi fun lah. Group aku dapat title group yang ada TEAM WORK :) Hahah, see! Petang tadi ada pembahagian mentor menti. Aku dapat Kak Ara sebagai mentor aku. Alhamdulillah lega jugak sebab dah kenal dia. Lagipun dulu kitorang 1 blok, Blok J. Yeahhh, hope Kak Ara dapat tahan dengan kita kayyy.

Oppssss, lupa pulak. Sepanjang kem ni jugak kan, budak2 yang lahir bulan 12 terasa dihargai lah. Hahah. Time malam Ahad tu, Sir Fakhzan menyanyikan lagu ' Birthday ' dekat kitorang, waaahhhhhhh :D Tadi petang pun siap ada kek bagai untuk perasmian jugak. 

Wednesday, 11 December 2013

Kelas ICT

Hari ada kelas ICT. Jawa cakap kena letak masa ngan tarikh bagai. Kononnya diari. Diari lah sangat kan -,- tangan ke bahu, mata ke atas. Dia pun tak reti nak buat blog, nak ngajor aku. Hahah lawak lawak. Aku pun taktau buat sebenarnya. Takpe, aku respect dia sebagai ' CIKGU '. Terima kasih cikgu :D

Monday, 9 December 2013

" Happy Birthday To Me "

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ini genaplah aku berumur 18 tahun. Erm, baru nak cukup. Lambat kan? Hahah. Syukur sangat kepada Ilahi sebab still lagi buat aku bernyawa kat atas muka bumi ni. Sebenarnya ini first time sambut birthday aku bukan di rumah. Maklumlah birthday time cuti sekolah kan, sambut dengan family lah kat rumah. Tapi tahun ni aku sambut dekat U. Sedih jugaklah :( Jauh kan hahah. Okaylah, tanak sad story, now nak cerita pasal the best one :D

 Tadi petang, roommate cakap nak keluar dengan Puteri and Athirah. Aku tak syak lah pape. Tetiba dia balik, ada kek sekali dengan dia. Wow, serius terkejut + terharu. Hahah, dapat jugak makan kek. Perisa keju. Yummy delicious :* Jealous tak? Roommate tau aku tak minat coklat hahah. Nak tengok tak kek nya?


Erm nampak sedap kan? Memang sedap pungggggg :P


Ha, inilah roommate saya ;) Comel sikit je hahah. 


Muka aku yang minta kaki. Mulut tu dah boleh sangkut seluar jeans.


Hahah, ini paling sweet. Kak Su, Fitri ngan G-Ha kasi kita hadiah. Sweet kan? Terharu, btw thanks korang. Sayang korang :*

Patung pegang gitar tu G-Ha kasi, Eiffel Tower tu Kak Su kasi dan yang ada bunga matahari tu Fitri kasi ;)



Inilah muka2 nya :* Sayang kome kome kome tau. Hahah.

Dari kiri G-Ha, aku, Fitri dan Kak Su



Duit melayang huahuahua :'(

Assalamualaikum, hai uolllsssss. Hahah, hari ni aku, Kak Su dan Fitri pergi melawat Ziman kat Hospital Bintulu. Dia dah boleh keluar hospital hari ni. Okaylah tu kan. Kiranya kitorang sempat lah melawat dia dekat hospital. Tetibe time kat hospital kitorang terserempak dengan mak ngan ayah dia. Dia kata mak ngan ayah dia buat surprise dekat dia. Wow, so sweet ;) Terharu kan? Hahah, ehh ni dah lari dari tajuk kita. Okay2, Sebenarnya kitorang keluar tadi. Habis rabak duit aku wehhh. Tapi berbaloi lah sebab beli barang makanan kan. Dapat jimat duit sikit kalau dah ada stok makanan. Tapi ibu aku pun kata, kalau bab2 makan ni jangan berkira sangat. So, aku pun tak berkira lah :D


Jangan terpedaya tau, ini bukan Farley hahah. 


Ha ini kome kena percaya. Makan malam kitorang.

Tukang masak nya Fitri. Aku, G-Ha, Kak Su ngan Puteri tengok je. Sedap. Eleh Fitri jangan bangga tau. Sedap sebab kitorang lapar tau :D Hahah.

Sunday, 8 December 2013

Blog blog -,-

Assalamualaikum w.b.t semua. Ha, ni aku nak cerita pasal blog sikit. Hahah, nak tau tak? Tanak? Erm tanak pun aku tetap nak cerita hahah. Malam ni, aku, Fitri, G-Ha ngan Kak Su semua pakat pening. Pasal apa? Pasal nak buat blog lah. Fitri sebagai guru setia kami. Dia lah yang ajar kitorang semua. Hahah, bertambah pening sebab Kak Su memeningkan dia. Lawak ahh. Sekejap tanya ni, sekejap tanya tu pastu line lembap. Standard USPOT UPM lah kan. Agak2 pukul berapa kita nak tidur ehh?


Rope inilah kalau guna uspot UPM hahah. 


Streessssssss tau!


Lama2 inilah pengakhiran yang terbaikkk :)

Saturday, 7 December 2013

Ngecek Team :*

Ha, hatt ni lah ' Ngecek Team ' hahah. Orang Perak kata ngecek ni means suka kelentong. Tahu tak kelentong? Suka tipu lah. Tapi kitorang tak macam tu. Kitorang baik tau. Hahah, terdiri daripada 7 orang. Dieorang semua ada geng rumah sukan, aku je takde. Tak heran pun sebab apa? Sebab, rumah sukan aku yang menang yeahhh hahah. Lagi satu dieorang ada partner masing2 dalam kelas, dan aku juga yang takde. Tapi aku pun tak heran jugak sebab kelas aku terletak kat tengah2 antara deme2 ni. Hahah jadi aku ni sentiasa diapit. Gambar untuk classmates aku nanti pulak ehh :) Nak kena scan gambar ke laptop.

F.R.I.E.N.D.S

Assalamualaikum ;) Erm, tadi usha blog Odah. Aish, rindu pulak kat kau. Ahli Ngecek Team yang lain. Dekat sini aku ada Fitri je. Papehal, muka dia. Hahah, Fitri gurau je. Bila nak jumpanya? Masing2 dah jauh. Cuti pun tak sama. Nak jumpa kena tunggu salah sorang dari kita kahwin lah, time tu semua akan free kan diri. Rindu nak buat bising, tak turun prep, makan biskut, bancuh milo, masak meggi, turun tengah2 malam semata2 nak charge phone ngan semualah. Kita bukan jahat pun tapi sebab kita selalu bising je orang panggil kita budak jahat. Kita nakal sikit je. Dah macam tu pun kita still sama2 kan? Susah nak cari kawan macam tu dah sekarang yang susah senang bersama bagai. Hahah :') Nurul Syahuda, Fitri Izzati, Nurul Izatul Idayu, Nor Zulaikha, Fhatin Nabilla dan Nurul Syafiqah :* Kita kawan sampai bila2 tau. Serius aku pun rindu kawan2 lain kat sana macam budak2 kelas lama aku. Atika Amira, Fazlin Edora, Nor Ilyani, Athirah dan semualah. Ramai sangat hahah. Budak2 dorm time tingkatan 4 dorm Cempaka ngan tingkatan 5 dorm Dahlia. Hei ex Cempaka, ingat tak lagi time kita kena rombak dorm? Semua menangis tanak berpisah kan? Hahah, kelakarlah. Tengok2 bahagia je lepas pindah bilik. Aku dapat sebilik dengan Lidawati. Hahah, sengal je tapi teringin nak lepak lagi dengan kau Lyda :D Okaylah, nanti bebila aku letak gambar korang pulak. Hahah bubye :D

Fesitval Jepun? Apakah?

Assalamualaikum semua. Hari ni kat UPM ada Festival Jepun. Erm, first tu rasa excited jugak nak tengok amende lah, rope manelah festival nya. Dah lama kat situ tetiba rasa bosan. Aku datang dengan Fitri, G-Ha, Puteri dan Athirah. Erm, tak sempat habis pun tengok cerita jepun nya. Kitorang balik dah. Hahah, btw cerita nya best sebenarnya.

First time okayyy!

Assalamualaikum semua. Hai, ini first time aku buat blog. Hahah, diari pun malas nak buat inikan pulak blog. Erm, papepun tak salah try something new kan? Tapi lawaklah :D Okay, now nak usha blog member2 yang lain. Bubye.